Pontius Pilate atau
Pontius Pilatus adalah
Gabenor di
Judea,
Palestin sebagai wakil kepada Kaisar / maharaja
Rom. Maharaja Rom ketika itu ialah
Caesar Tiberius. Dia merupakan orang kelima dilantik oleh
Rom untuk mentadbir
Judea . Hidup antara 26-36 M. Isterinya bernama
Procula.Zamannya hidup
John Pembaptis dan
Jesus aktif mengembangkan agama
Kristian.
John Pembaptis telah mem
baptis Jesus di
Sungai Jordan bagi menyucikan diri daripada dosa dan noda. Pontius Pilate ditugaskan mewakili
Tiberius di Judea, mengutip
cukai dan melaksanakan arahan. Dia mempunyai pasukan berkuda dan mentadbir sebahagian daripada
Syria.
Philo Judaeus dan
Flavius Josephus adalah sejarawan - sumber bukan Injil ada mencatatkan sedikit maklumat tentang Pontius Pilate.
Sejarawan Eusebius pada abad ke-4 menyatakan pusat pemerintahan Pontius Pilate di tepi pantai berdekatan dengan
Caesaria,
Judea,
Palestin. Pontius dikatakan zalim, bersedia menggunakan kekuatan untuk memaksa rakyatnya. Tetapi dia sukakan kebenaran dan menyoal siasat sendiri mereka yang dituduh bersalah.Pontius Pilate telah dminta oleh orang-orang
Yahudi untuk menghukum
Jesus. Sebelumnya , pada hari Khamis , tempat persembunyian Jesus di Taman
Gethsamani telah dibocorkan oleh
Judas Iscariot dengan hanya wang 30 keping emas. Setelah Jesus disoal-siasat oleh Pontius Pilate , Pilatus mendapati Jesus tidak bersalah, tidak ada sebarang kesalahan yang membahayakan kerajaan Rome. Dalam soal siasatnya, Jesus tidak pun ingin menjadi raja Yahudi sebagaimana tuduhan yang dilemparkan kepadanya. (Markus 12:2). Jadi Jesus tidak membahayakan.Tetapi dia tidak terus membebaskannya , sebaliknya diserahkan kepada orang Yahudi untuk disiasat lagi dan dihukum. Kemudian Pontius membuat tawaran sama ada
Jesus atau
Barnabas dilepaskan. Ini kerana nama sebenar Barnabas ialah Jesus Barnabas. Bar_Abbas bermaksud Anak Bapak. Orang ramai memilih Barnabas dibebaskan. Sementara Jesus mestilah dihukum salib. Sebelum Jesus, telah ada beberapa orang dihukum salib termasuk pencuri. Di sini Pontius Pilate dipaksa atau terpaksa mengutuk dan menghukum Jesus.Jesus mati disalib ketika berumur 33 tahun. Ketika disalib, Jesus berseru ;Eli , Eli Lamma sabakthani' yang bermaksud 'Allah,Allah, mengapa engkau tinggalka daku'Selepas peristiwa itu , Pontius telah membasuh tangan di hadapan ramai dan berkata "I am innocent of this man's blood; you will see".